Jenis keris (umum) Keris

  • Keris (anak) alang -- Keris yang sederhana panjang bilahnya.[42]
  • Keris (hulu) pekaka -- Sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka).[43]
  • Keris alang -- Keris yang sedang atau sederhana panjangnya.[44]
  • Keris berapit -- Keris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak.[45]
  • Keris berlok (berkeluk) -- Keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya.[46]
  • Keris cerita -- Keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih.[47]
  • Keris ganja seiras -- Keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu).[48]
  • Keris harubi / Keris merubi / Keris bawang sebongkol -- Sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja).[49]
  • Keris kalamisani -- Sejenis keris Jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya).[50]
  • Keris melela -- Keris yang tidak berpamor.[51]
  • Keris pandak (pendek) -- Keris yang pendek bilahnya.[52]
  • Keris panjang -- Keris yang panjang bilahnya.[53]
  • Keris parung -- Sari keris yang berlok-lok dan berbentuk ular.[54]
  • Keris parung sari -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.[55]
  • Keris pasupati -- Sejenis keris.[56]
  • Keris pendawa -- Sejenis keris.[57]
  • Keris pendua -- Keris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama).[58]
  • Keris penyalang / Keris salang -- Keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh).[59][60]
  • Keris sempana -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.[61]
  • Keris sempena -- Keris yang berlok tiga (lima, tujuh).[62]
  • Keris sepukal -- a) keris ganja iras; b) keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok).[63]
  • Keris sundang -- Sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang.[64]
  • Keris tempa Melaka -- Keris buatan Melaka.[65]
  • Keris teterapan -- Keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya.[66]
  • Keris wasiat -- Keris pusaka.[67]
  • Petaram -- (sastera lama) Sejenis keris kecil yang dipakai oleh peremĀ­puan.[68]
  • Senderik -- Sejenis keris pendek.[69]

Rujukan

WikiPedia: Keris http://silat.8m.com/senjata.html http://tamingsaripurba.blogspot.com http://hulubalang-lagenda.tripod.com/keris.html http://books.google.com.my/books?id=MVoZGA2yfywC&p... http://books.google.com.my/books?id=d_jXAAAAMAAJ&q... http://www.mishafbisnes.com.my/krafmelayu/keris.ht... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aring+keris+k... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=balang+keris+... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=batir+keris+k... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=besi+pamor+ka...